Assalamualaikum...
Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan hidayahnya dapat kita dipertemukan di alam cyber.Terlebih dahulu saya merakamkan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha untuk merealisasikan website ini.
Keluarga ku yang di sayangi....
Keluarga adalah penting bagi kita semua. Ini kerana keluarga itu sendiri berperanan sebagai institusi yang memberi perlndungan kasih sayang, bimbingan dan didikan kepada pembentukan peribadi seseorang.Tetapi dalam realiti, peranan asas keluarga nampaknya terlalu ideal bagi sesebuah keluarga masa kini.
Kenapakah keadaan ini boleh berlaku? Ini adalah kerana ahli-ahli dalam keluarga kerap kali tidak memberi perhatian serius dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Keluarga lebih menumpukan kepada pembangunan material dan mengabaikan pembangunan rohaniah dan moral. keadaan ini boleh membawa kepada keruntuhan sistem nilai kekeluargaan seperti krisis rumahtangga, keruntuhan akhlak, perceraian dan penderaan. Semua ini menjurus kepada masalah sosial yang kita hadapi masa kini.
Dalam era pembangunan teknologi yang pesat, keluarga telah mengalami transformasi dalam pola perhubungan manusia dan kualiti hidup. Keluarga yang bermasalah tidak mungkin dapat menikmati mutu hidup yang baik. Kita sedar banyak faktor yang terlibat di dalam menentukan kesejahteraan sesebuah keluarga, sikap dan sistem nilai yang dipegang di dalam sesebuah keluarga adalah teras utama ke arah mewujudkan sebuah keluarga yang kukuh dan sejahtera. Niai-nilai positif dan membina perlu disemai dan dipupuk dari awal lagi kepada ahli-ahli keluarga supaya anak-anak mempunyai tabiat dan watak yang baik dan bersedia menghadapi cabaran apabila besar.

Akhir sekali saya berharap Web keluarga Hj Noor ini akan dapat memainkan peranan yang lebih membina dan berkesan dalam membentuk satu keluarga besar yang bertoleransi, berharmoni dan matang. Saya berharap agar ia akan di hayati dan diamalkan bersama-sama. Semoga kerjasama semua pihak dan gologan masyarakat dalam mewujudkan sikap kasih sayang melalui aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang sihat akan berterusan
Terima kasih
Hj Thaifor Bin Hj Noor
Terima kasih
Hj Thaifor Bin Hj Noor