Sejarah Kampung Meru, Klang.
Kampung Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka
ini adalah dari keturunan orang Jawa yang tinggal di Batu Belah.
Bermula, dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan
membersihkannya untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman
kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula didirikan sebagai
tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.
Lebih kurang 10 tahun selepas di teroka, penduduk semakin ramai
dan bertambah iaitu sekitar 50 keluarga. Kampung yang baru di buka memerlukan
seorang pemimpin, oleh itu pada tahun 1911 Tn Hj Mohamad Shariff telah di
lantik sebagai Ketua Kampung yang pertama. Beliau merupakan ketua kumpulan
peneroka.
Nama Meru telah dipilih bersempena nama sebuah gunung di Tanah
Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ianya merupakan daerah asal kumpulan
peneroka Kampung Meru. Penduduk Kampung Meru mula bertambah dari sehari ke
sehari. Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan di
ikuti oleh buruh keturunan kaum India.
Pada tahun 1916, masjid Kampung Meru mula didirikan ditapak
masjid lama yang ada sekarang. Pada tahun 1917 penduduk Kampung Meru membuka
tanah perkuburan yang terletak di Kampung Hj Mohamad Sharif.
Pada tahun 1918 Sekolah Melayu Sungai Binjai didirikan di tapak
Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina yang ada sekarang. Pada tahun 1924 nama
sekolah ini di tukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke
tapak Pusat Kesihatan Meru. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah
ke tapak yang ada sekarang.
Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rendah Agama
Meru pada, tahun 1955. Pada, tahun 1982 Sekolah Menengah Meru telah didirikan
untuk kemudahan pembelajaran peringkat menengah anak-anak tempatan Kampung
Meru, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Budiman.
Daripada sebuah kawasan perkampungan kecil 100 tahun lalu, kini
kampung Meru telah berubah wajah menjadi sebuah pekan yang amat pesat
membangun. Kini kampung meru memiliki segala kemudahan dan infrastruktur
seperti sekolah, masjid, surau, klinik, bank lebih 40 buah taman perumahan dan
sebagainya.untuk kemudahan penduduk.
Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan
pembangunan Kampung Meru adalah seiringan dengan pencapaian status Selangor
Negeri Maju tahun 2005. Kampung Meru akan terus mengekalkan azam untuk
meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung
Meru sebagai kampung yang cemerlang, gemilang dan terbilang.